Saturday, July 16, 2011

Week 14

macam cepat pulak minggu ni. sebab semangat buat 2 entry kot minggu lepas so rasa cepat? hehe..lagipon sebok giler dengan program. dah selesai kul 5.30 tadi. YAY!!!-tapi kene prepare post report, belanja, yadda yadda..dan ada beberapa (malas nak kira) report lain yg patutnyer siap last week tapi sbb prog ptg tadi full 2-3 minggu tumpu masa kat dia je yg lain kene tolak tepi dulu. huhuhuhu...

Progress bb and pregnency.
- dlm buku dia rangkum sekaligus minggu 13-17, so tunggu minggu 17 la baru citer ek. hehehe ngelat.

- update diri sendiri :
- berat : naik dekat sekilo masa timbang pagi tadi, ok la. 26/7 ni appoinment kene make sure menten 1 kg ni. masalahnyer skrg ni mood nak makan tu kurang. dah tau placenta dah elok develope, dah share everything dgn bb hilang mood mkn pulak. bertuah betul. hubby dok pujuk soh makan. sian kat bb...sorry bb. mummy paksa diri mkn ok..

- kuat betul cursing skrg. asik nak marah je kejenyer. pastu curse2 lagi. apa masalah ni. cepat tol hilang sabar. sian bb terganggu emosi karang. berjangkit. hubby blk m'sia lambat lagi,...19 hari adalah sgt lambat,.....

- plug dlm bilik rosak. haiyoooo panas,......beli extention gulung sambung dari plug ruang tamu. itu je yg function skrg. blk sebelah pon tak function jugak. plug dapur memang utk fridge so tak boleh nak share dah. nak buat extension byk2 takut meletop pulak karang. bahaya. so 1 je ruang utk penggunaan elektrik dalam bilik. so masa guna laptop ni sambil berpanas. nak panggil tuan rumah kene tunggu weekend la senang. hari keje nak tido awal. penat. boleh pulak sehari lepas plug buat hal ni nak cari extention gulung kat giant habis. so minggu ni 2 mlm tido dlm kepanasan. buka tingkap nyamuk masuk menderu2. habis bintat2 kene gigit nyamuk. seb bek tak kene denggi kalo tak malu dgn staff. haha.

- hoh! puasa ganti tak terganti2 lagi. bila ni??? next week try la. tapi sahur kene make sure mkn byk. kalo tak tak boleh tahan kot. tabahkan hati.....

- minggu ni minggu sebok pasal keje tambah dgn berita2 kurang baik..mak mertua kene operate lusa, adik jatuh tak boleh jalan-skrg dah ok sket..sabar..sabar. nak balik pon cam susah sbb takde transport. lagi 1 tempoh kandungan tak stabil ni risau jugak nak main lompat2 bas. masa bujang haritu tak kesah la lompat sampai 3-4 bas baru sampai rumah. both family bising ckp tak yah risau, tak yah balik. rehat je baik2. insyallah takde paper. keadaan tak teruk. kirim doa je la dari sini. kene ajak hubby blk kg jugak tgh puasa ni. kalo tak raya karang baru balik. sakit hati betul la dok jauh dari family ni. Dato' DG, kasik lepas la permohonan tukar kitorg. seksa tau keje jauh2 ni. ala2 separuh hati je keje esp. time2 dekat puasa/raya ni. pastu nanti saya dah bersalin anak saya ni camne? dah la sorg diri sebatang kara kat sini. camne la org lain yg dok pisah lama2 anak sampai 2-3 tu boleh sabar. aku ni yg baru 3 bulan mengandung pon dok susah hati pikir lepas anak lahir kene jauh dgn suami..

- panjang pulak. ingat tak de mende nak membebel. sbb mlm ni sampai mlm isnin tak dapat sembang dgn hubby-dia g bersuka ria kat tokyo-mlm nak jimat tido tepi jalan-g tokyo tower (JELESSSSS!!!!)-so nak kene vent out mende2 dalam dada. jadinyer post kali ni jadi panjang. hah ha!

- ingat tadi nak post pasal weight gain during pregnency sbb tak de note utk week 14 tapi dah panjang berjela ni kene letak bawah post lain la.

No comments:

Post a Comment