Friday, August 12, 2011

18 Weeks

dah 18 minggu...hehhee ngelat skip 2 minggu tak tulis note. ahahaah. main tipu.

patutnya minggu ni (2/3 hari lepas) kene g klinik utk check berat. tapi sebab kursus, then khamis tak larat nak bangun...so check up sekaligus la dengan scan next week. 18/8/11....dah lama tunggu tarikh ni untuk scan bb.

seminggu dua ni dah rasa little flutter..not sure wether it's bb active movement or perut meragam. tapi pagi semalam rasa something 3 kali..kick? quite strong. terus sms hubby. hheheheh. 1st time mummy being super excited. sebab minggu ni perut selalu rasa something kadang2 saja je meniarap sebab nak rasa flutter2 tu. hahaha. kesian bb kene himpit. bila baca buku bb dah 5 inci. dah besar...dah lama tak update perkembangan bb still ingat bb baru 3 inci. 5 inci tu besar tu.. sorry sbb mummy suka meniarap-->selalu kene marah dengan hubby, habit tak baik...

perkembangan bb - 2nd phase of 2nd trimester (week 17-21)

- kaki lebih panjang dari tangan - tumbesaran perlahan sket compare to week 13-17. but growing steadily

- pertambahan berat bb berterusan/stady pace sampailaa bersalin karang

- jangan risau pulak bila kata tumbesaran bb jadi slow, sebab skrg tumpuan perkembangan lebih pada sistem dalam badan, paru2, sistem penghadaman, saraf, immune system.

- kalo buat x-ray (not recommended) masa ni dah nampak tulang bb. beberapa minggu lepas bb dah start serap kalsium. tulang dah mula mengeras.

- organ seksual pon dah well developed. dalaman dan luaran. sebab tu la buat scan masa minggu 18-20. masa ni clear nampak jantina bb. kalo dia nak tunjuk la kan. :) (countdown lagi 6 hari)

- kelopak mata still tertutup, but retina dah boleh kenalpasti cahaya, dah sensitif. bebola mata dah gerak-gerak kiri-kanan-depan-belakang

- deria rasa pada lidah pon dah boleh bezakan rasa. but of course la amnion water ada 1 rasa je. (tak tau la cemana rasa dia kan)

- gigi pon dah ada. dalam gusi. mana ada bb lahir dah tumbuh gigi.

- mulut aktif buka-tutup. lidah pon ikut suka dia nak jelir-jelir. nakal bb ni dalam rahim..

- pendengaran dah clear. sekarang mummy dengar lagu slow2 je kat laptop. naik kete ngan hubby pon pesan radio slow sket. tak boleh nak melalak2 nyanyi cam masa tak ngandung dulu. cuma sampai skrg kita tak sembang lagi ek bb...hm,..

- saraf yang berkembang buat bb makin aktif, asik bergerak. bagus bb banyak bergerak masa ni untuk practice movement, pergerakan otot, motor skills, co-ordination and stronger bones development. practice make perfect!

- bb makin tembun. sebab lemak dah mula terbentuk dalam badan. tapi lemak bawah lapisan kulit still sikit, so saluran darah akan nampak clear masa ni.

- sekeliling badan ada lanugo hair. macam bulu roma halus untuk panaskan badan bb sampai la kandungan lemak dalam badan bb mencukupi. bulu ni akan tanggal masa akhir2 kandungan. but bb yang lahir tak cukup matang still ada bulu ni. bulu ni juga coated kulit bb dari kesan cakar dari kuku.

- plasenta main peranan sepenuhnya. dan akan berterusan membesar. sebelum ni plasenta lagi berat dari bb tapi start minggu 18 berat bb akan overtake plasenta. kalo scan pada peringkat awal ni biasa untuk plasenta ada di bahagian bawah (bukaan serviks). tapi over the time plasenta akan terus membesar dan selalunya makin bergerak ke atas, sebab selalunya perlekatan plasenta ni dekat dinding/tepi uterus. jarang di bawah. kurang 1% wanita yang ada masalah plasenta memang lekat disebelah bawah ni sebenarnya.

- masa ni selalunya parents akan g holiday. keadaan mak pon dah tak teruk macam masa mula-mula preggy kan. kandungan pon dah stabil.

so hubby, kita nak g mana ni? awak bagi saya travel sekali je sebulan so ada masa 3 bulan, so 3 kali holiday boleh? sept, okt, nov. dis kita nak soping barang. larat ke aku nak soping masa dah 8 bulan? ok kot org lain tgk relaks je. sungkai hotspring maybe boleh pegi sblm blk kl lepas raya ni. ke nak jln2 kat penang? lepas tu? ingat nak g cameron tapi baru2 ni tanah runtuh pulak. takut la pulak rasa. fraser awak tak penah bawak lagi. kita g fraser nak? jalan pusing2 tak? g dekat2 dah la. maleh kalo jauh2. uh,..seronoknyer berangan g holiday....

4 comments:

  1. sungkai hotspring best wooo... aku dh penah pi. tp jgn hang bantai rendam lama2 dlm kolam air panas lak. hehe

    ReplyDelete
  2. heheh..masalahnya aku suka lama2 kalo air panas...:P

    ReplyDelete
  3. yeyyy..dh rasa baby kick, ela dulu 20weeks baru rasa skit, perut tebal huhuhuhu...

    ReplyDelete
  4. minggu 17 haritu pon dah rasa sket2. skrg ni makin kerap. hehe

    ReplyDelete