Saturday, December 17, 2011

Week 35

Lagi 2 minggu keje. Keje belambak2 tak siap lagi. Huahahaha…tensen

Next week cuti 3 hari, hubby pon datang lagi. Best. (jangan pikir kerje, jangan piker kerje…heheeh)

19hb ada appointment dengan dietitian. Hoh dah nak bersalin baru dapat appointment. Agak2 nak ke amalkan dalam 3 minggu sebelum bersalin? Berkesan ke? Kalo bb dah besar tak boleh buat apa dah…redha ler…

20hb cek perut dengan monitor BSP, 21hb review. Probably kene scan/ukur bb sebab last BSP kantoi bacaan lepas bekfes tinggi. Makan lagi pulut kuning, lauk daging pulak tu. Amik. Bersungguh-sungguh sarapan tak sedar diri haritu kene cucuk jari.

Development bb macam biasa rangkum sekaligus utk last part third trimester, minggu 35-40.

- Baca merata-rata masa ni bb dah tak banyak gerak sebab sempit tapi kenapa bb dalam perut ni rasa makin kuat gerak? Aktif bebenor. Rehat tak bergerak dalam sejam dua je. Lain asik exercise. Boleh tak anggap yang GDM mummy tak beri kesan pada bb so bb kecik dan boleh bersummersault bersungguh-sungguh walaupun dah 8 bulan? Maksudnya tak payah la induce kan? Kan? Takot sungguh kene induce labour

- Bb staedily gaining weight – mostly lemak la masa ni. Takpe bb tambah je. Karang keluar chubby sket. Baru la muat sume CD/cover/prefold yang mummy semangat beli sampai habis suku duit gaji. Hahaha

- Paru-paru dah matang, insyaAllah kalau lahir boleh la bernafas sendiri kot. But mummy still prefer bb lahir selepas 38 minggu ok bb.

- Heart beat dalam 110-150/minit. Last cek-up heartbeat bb 135/min. ok la tu kan.

- System pemakanan bb dah ready untuk terima susu. Usus penuh dengan meconium (mende kaler hijau-extra note: 1. that’s why najis bb baru lahir kaler hijau. 2. Kalo ada mende-mende hijau dalam air ketuban yang keluar maksudnya bb stress/takut sebelum bersalin. Hosp akan buat close monitoring la kalo jadi cenggini) untuk buang semua maconium ni bagi la bb susu ibu, sebab peringkat awal selepas lahir susu ibu ni ada laxative effect. Lagi satu susu ibu senang bb nak hadam banding dengan susu lembu. Itu pasal la selalu kan dengar bb baru lahir kuat buang air. Bagus sebenarnya buang air selalu untuk bb. Boleh singkir meconium, boleh buang bilirubin cepat, insyaAllah tak kene jaundice or jaundice tak teruk sangat.

- Pasal kepala bb dah engaged ke belom mummy tak tau lagi. Memang rasa cam dah tersangkut sket peha dengan perut masa duduk tak pi tak sure cenggitu ke rasanya bb dah engage? Cek nanti Tanya nurse. Hehe. Besar kemungkinan belom kot. Sebab buku tulis kalo dah engage nak bernafas makin senang, perut nampak turun, kerap buang air (ni rasa sama je dari dulu sampai sekarang), pelvic area dengan lower abdomen sengal-sengal. Blom rasa serius sangat. Kalo jalan jauh sket or panjat tangga ye la rasa sengal/lenguh/semput sket. Bontot bb pon asik dok rodok ribcage je ni. Suka betul laa dok sodok2 ribcage. Karang bontot kaler hijau la bb. Lebam2 sebab kene ribcage masa dalam perut.

- Mummy kene hati-hati dalam tempoh ni kalau rasa bengkak/ puffy cek cepat-cepat takut symptom pre-eklamsia

- Sebab hormone yang tak stabil masa preggy ni dalam 5 minggu ni breast mungkin akan bertambah saiz, some boleh keluar kolostrum kalau picit, ada yang tak kuar apa2, increase in vaginal discharge (brown/pink) especially after sex, not to worry sebab increasing blood supply to servix. Tapi kalo merah terang cam darah tu cepat-cepat g hosp la.

- Mungkin akan selalu ada mild contraction (Braxton Hicks) – tak habis cari info pasal labour lagi so tak boleh tulis banyak. Boleh cari info sendiri kat internet okay?..hehe

Persediaan bersalin.

Banyak barang kebanyakannya dah beli bulan lepas. (tu yang hubby and wife tak cukup duit gaji bulan ni. Jenuh berjimat cermat heheh). Cuma tinggal few item je la lagi

Barang mummy
- Nursing attire (baju, bra, bra pad)
- Maternity pad, dispo panties

Barang bb
- Bedding (tilam, bantal, kelambu)
- Tuala, selimut,
- lampin kain 2 dozen (untuk 2minggu camtu. Bb kuat membuang kan masa ni. Nak beli dispo diaper mati la-kos), newborn dispo diaper
- wetbag
- pam susu – patut boleh dapat hujung bulan ni.

there, tak banyak dah pon. Boleh beli next week masa hubby datang or masa hubby datang jemput masa nak balik kampung hujung tahun nanti. Yay!

• Sekarang dok sebok baca blog pasal labour/breastfeeding/CD. Keje? Bila mau buat mummy????

No comments:

Post a Comment