Sunday, December 4, 2011

Week 34

another 6 more week to go. keje pulak lagi 4 minggu. hoyeah!!

- bb sangat aktif. dah tak tau bila masa di tido. sama dengan mummy tido kot. sebab mummy tido mati tak sedar langsung. hahahah.

- semalam review balik buku pregnency week by week. baca pasal 3rd trimester. huhuuuu...perasaan bercampur baur. seronok tak sabar nak tengok bb, tapi risau bersalin awal, takut kene induce/polisi hosp pt buntar tak tau lagi camne pasal induce/tak mother with gdm. bersalin awal=perkembangan paru2 tak 100 sempurna, jaundice. bila prob nak kene pikir camne nak bergerak ulang-alik g hosp/klinik. jauh jugak dari rumah nak ke klinik. just go with the flow la. tapi harap bb keluar bila 40 minggu. biar full developement dalam rahim ok bb.

- skrg dlm 2nd phase 3rd trimester (week 30-35). by 35 week berat bb dalam 2.5kg, panjang salam 18 inci dari kepala ke kaki. lemak pun dah banyak, mata dah start function, otak dan sistem saraf dah fully developed, fingernail dah ada, toenail tak habis keluar lagi. dah pandai hisap jari, tapi kalau lahir sekarang still akan ada problem sikit untuk breastfeed. paru-paru pon makin matang, tapi still need a few more week untuk boleh berfungsi sendiri tanpa bantuan. that's why keluar masa dah cukup 40 minggu ok bb.

- start kene monitor rupa bentuk perut. kot tak perasan dah engaged ke belom. dalam buku semalam 1st pregnency as early as 36 weeks bb dah boleh start engaged. probably mother boleh perasan kot tapi kene start berposing depan cermin. hehehe. tengok perut dah drop ke belom.

- rumah kat KT ni serabut giler. nak kene pindahkan almari buku ke bilik sebelah rasanya. biar bilik tido ni kosong. bila balik sini bb dah 3 bulan. won't be long before bb start crawling right? hahahaah mummy berangan jauh kedepan.

- minggu ni kelam kabut semacam. harini berkejar pagi meeting petang bengkel. esok ada test JPJ. huahahaahah takut siot. cuak giler ni. gambel je la. malas nak pikir banyak. takut mati enjin je. selalu masa practice dok mati enjin masa u-turn. takot woo kete lelaju semua atas jalan. nak kejar apa tah. malam nak kene g putrajaya pulak ganti bos meeting, petang gerak balik KT. sabar ye bb mummy sebok sket minggu ni. gerak merata. babah bising still nak kene g meeting sampai kl. dah bos suruh nak buat camno..ni last flight tahun ni.

- sepanjang minggu ni bb aktif semacam. kita tak sempat jumpa babah lusa la bb. selalu bb aktif giler ni sebelum/selepas jumpa babah dia. takut bebenor. depan babah pandai ek belakon gerak sikit2 je. sabor je la tau. mummy ko ni la terpaksa sabar anak dok berjoget bersungguh-sungguh masa babah tak de. dia tau dah kot babah dia nak datang hujung minggu ni. so joget sungguh-sungguh. nanti 3 hari kene kontrol. babah dia selalu ugut nak cubit. hahahaha. anak beranak ni awal-awal dah bonding bagus. bagus ke? pandai belakon.

- timbang tadi berat dah naik 3 kg dari last check-up 2 minggu lepas. ok la sebab dah lama benor tak naik berat. last check-up siap turun sekilo lagi. harap berat maintain sampai next check-up rabu ni. so dari start preggy sampai minggu 34 dah naik 10kg. ok la kan. dgn ada gdm ni takot bb terlebih besar pulak.

- mummy still ada batuk + sakit ribcage belakang. dah dekat sebulan tak baik2 lagi. ni yg malas ni. kalo kene batuk mesti seksa betul lambat nak baik. petang jumaat tadi back ribcage muscle snap lagi masa batuk. hoh. sabtu tu just baring atas katil tak kuasa nak bergerak merata. but still masak utk lunch n basuh baju. heheehh terpaksa sebab lapar n baju dah bertimbun-timbun. sekarang elak dari kene angin, tapi ya rabbi panasnyer dalam bilik ni...kene sipi2 je la. tak boleh direct. kalo tak batuk non-stop. lagi satu dah stop ubat batuk 3/4 hari. ada ke makan ubat batuk batuk makin teruk? sabar je la. so kalo boleh tahan dari batuk tahan je. sebab tak tahan sakit belakang bila batuk. seksa wei.

- sesak nafas masa baring terlentang. tapi rasanya most of the time memang tido telentang. sebab ribcage sakit kan so tak boleh nak mengiring. well kalo dah sesak sangat tak boleh bernafas mengiring jugak la sekejap. buku tulis jangan baring terlentang sebab tekan urat yang hantar oksigen pada bb takut bb lemas/tak cukup oksigen. patut pon masa sesak nafas bb terlebih aktif. tapi sama jugak kalo mengiring, tertindih perut sikit pon bb dok sebok tendang bahagian yang tertindih macam nak bagitau ruang untuk dia lepak dah jadi sempit. susah hati mummy melayan kerenah anak ni. so akhirnya ikut la mana mummy selesa dan akhirnya terlena. hahaha. mak anak sama2 tunjuk degil. jenuh la kita bersilat/berdebat bila bb dah keluar nanti ye.

hm,.. apa lagi. tu je la kot update minggu ni. prepare nak tido pulak. masak air dulu untuk bancuh susu. minum susu dengan suplement kalsium pon gusi berdarah tiap2 kali gosok gigi. huhu. tapi dengan bb aktif ni ok kot penyerapan kalsium dia. :)

No comments:

Post a Comment