Saturday, November 19, 2011

Accident-orang lain, mak buyung secara kebetulan terbabit

khamis 17/11/11 dlm kul 4ptg lebih

on the way balik rumah lepas keje. plan terus g pasar malam la cari makan sebab tghari just makan roti je.

lepas je trafik light bawak moto slow2 la. dengan sakit belakangnyer. dekat depan dah nampak akak ni bawak moto goyang2 semacam. sebok dok makan icecream rupanya. fine la. hubby pesan jangan dekat2 dengan orang yang memang nampak drive pelik2 ni. so ikut je jauh-jauh..

tak lama tu nampak dia dah jauh masuk ke tepi, mana nak control moto sebelah tangan dengan makan ice cream ye tak? kat depan pulak ada kete parking tepi jalan. ingat akak ni nak benti sekali dia jalan jugak elak kete tu. lepas je depan sikit terbabas, tergolek tengah jalan. ingat nak jalan terus je sebab memang dia sendiri yang cuai. tapi nampak ada budak tercampak dari bakul moto. sudah! bawak anak rupanya. so benti la tepi jalan.

nak tolong angkat moto memang mintak maaf la dengan preggy+sakit pinggang so, jadi mandur je mintak lelaki2 yang berhenti tolong angkatkan moto. kaki akak tu tersepit bawah moto. ada sorang akak perodua datang dari mana tah terus sambar budak tadi. takut merayau g tengah jalan pulak. nasib belakang kitorang ada kete kancil. kalo takde kancil tu takut jadi lagi teruk. kenapa? belakang kancil tu lori besar. kot dia tak perasan, nauzubillah...

budak kecik tu ada kot setahun lebih. mulut penuh dengan darah, kaki tangan calar2. bila akak perodua tu bawak dia dekat dengan mak dia dia dok tunjuk2 tangan dia luka kat mak dia. mak dia dok mengadoi sakit. then orang ramai tolong bawak g tepi jalan. kancil tadi pon gerak g tepi. and traffik sambung gerak.

sambil2 dok kutip2 viser helmet, abende2 lagi yang bersepai kat atas jalan tu nampak ice cream yang akak tu dok makan tadi dah flat kene lenyek. rasanya dok stare kat ice cream tu 3/4 second jugak la.

lepak kejap tanya nak panggil ambulans ke tak? finally diorg decide nak ambulans. just tolong call bagitau apa jadi, patient tunggu kat mana. then gerak g market cari bahan masak dengan pasar malam.

so kesimpulannya tolong la jangan makan sambil bawak moto. tambah-tambah ice cream. mende tu makin mencair. kalau boleh beli elok2 apa salahnya dok makan kat kedai tu sampai habis. dah tu sambil bawak anak pulak tu. sebok nak bagi anak ice cream, sebok sendiri nak makan ice cream. kan tak pasal dah accident. sendiri sakit, anak pon sakit.

ni accident kali kedua jadi depan mata. 1st time pon cuai jugak. dah nampak lampu merah kat kawasan sekolah lagi mamat ni nak bawak moto laju-laju. budak sekolah dia dok teragak2 nak lintas ke tak. last-last berlari lintas jalan. dia ni elak tapi tengah bawak laju so tergolek. ini malas nak tolong just gerak slow-slow potong kat tepi. ini jadi masa cuti sekolah tahun lepas kot.

cukup-cukup la nampak orang accident...harap2 tak jadi kat diri sendiri jugak.

No comments:

Post a Comment