Tuesday, October 25, 2011

minggu tak berapa bernasib baik..

Punya la lama tak update. Ye ye je semangat awal2 pregnency dulu. Konon2 nak update tetiap minggu. Sudahnya last update masa early 2nd trimester. Skrg dah masuk 3rd trimester. Jumaat ni masuk 29 week. 10 minggu tak update. Bertuah la mummy ko bb. Malas...

Ok what happen in this past few week?

- Minggu 25&26 (early Okt) ada wabak kat KT. Cess...dah 2 bulan tak de wabak sekali datang pulak. Well dengan cuaca malam hujan siang panas terik memang logik la jadi wabak. So kelam kabut nak ingat balik username dgn password sistem online. Hahahah. Punya la lama takde wabak lupa semua. Pastu kalut set-up meeting daerah la, jemputan laa.

- Minggu 27 ada kat Klang kursus 4 hari. 2 hari, jumaat & sabtu dgn hubby. Sempat la jumpa Sai hari Selasa sebab kursus malam sumbat habiskan kul 8. Merayau-rayau kat Jusco je pon. Sempat rembat sushi..walaupun kul 7.30 tu baru dinner. Plan baek dah dengan Hani nak jumpa hari Jumaat lepas hubby balik keje sekali sampai rumah temperature kete naik. Siap wayar alirkan angin panas tu tercabut. Gila la. Lepak kejap tunggu kete sejuk sket gerak g bengkel. Bengkel yg patutnya 5 minit nak sampai tu amik masa dekat 30 minit baru sampai. Gerak sket benti sebab meter temp dah sampai takuk merah. Cuak sey... Sampai bengkel brader tu nak tukar tube apabende tah sebab dah ada crack. Habis la rm600++. Call hani bgtau tak dapat datang. Terlepas mee udang. Huhuuuuu. Kete esoknya (sabtu) baru boleh repair, barang tak de.

so sabtu tu dengan semangatnya bersiap pagi2 hantar kete. Ingat nak lepak2 baca paper ke kat kedai mamak dah brader tu cakap 3 jam siap. Sekalinya 3 hari nkau. Hambek. Dah la petang tu nak balik KT. Plan soping barang mummy dgn bb pon tak jadi. Balik la rumah dengan hubby jalan kaki..hahaha. So just lepak rumah layan X-men. Jadilaaa.. Petang tu mintak tolong adik hubby untuk hantar ke Subang. Dah dia sampai kul 5 camtu kete dia pon sama, temp naik jugak. Huhuhuuuuu...apekah malang nasib ibu mengandung ni dengan kereta? Tunggu punya tunggu sampai kul 6 kete Eda siap dengan kipas tu tak pusing lagi la tak berani nak bawak redah g subang. Finally decide utk amik teksi. Kene jalan lagi sampai ke jalan besar. Tengah jalan kaki selisih dengan akak kilang hubby. Nasib la dia balik hati hantar kitorang sampaiSsubang. Thanks Kak Ros. Kalo tak habis la kot lagi rm40-50. Hai,..kat airport salam2 je ngan hubby. Dah org pon sebok takkan nak ajak hubby lepak2 kat airport tu lama2 pulak. Dah tolong hantar pon dah cukup baik. So melepek la kat airport tunggu boarding time.

- Minggu 28, which is this week la. Hahahah. The ultimate berita tak baik. Haii... Mummy jgn mengeluh selalu. Tak baik.

Ok, what happen ahad tadi patutnya kene cek-up dengan minum air gula la. Tapi sebab ada meeting pagi so g cek-up lepas meeting dalam kul 12 gitu. Berat naik so ok. Tapi Hb turun sket tinggal 11. Nyeh,..target kene makan iron lebih la lepas ni. Staff cakap minum air jambu batu marigold tu tiap2 hari. Kene la buat karang anemia pulak. Masa cek perut, bb breach! Kepala kat atas. Adoila bb rajin la pulak nak pusing2 masa 3rd trimester ni...nanti turun balik ok. Nurse ckp sekarang awal lagi so maybe nanti dia akan pusing balik. So not to worry sangat la. Siap pesan jangan g jumpa bidan suh bidan urut betulkan kedudukan bb pulak. Ok...

Sebab dah tghari so minum air gula tukar buat hari isnin. Hahahah...mimpi ngeri. Dah tau esok nak minum air gula malam tu g bancuh horlick pekat. Ambek...petang kul 2 nurse call bagitau result MOGGT tinggi. Sebelum 4.3 selepas 8.1. Julat normal 4.4-7.8. Huahhuhuhuhu...potential GDM-gestational diabetes melitus- http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitd/diabetessemasakehamilan.php
jadinya kene la buat BSP-cucuk jari sket then tengok bacaan glucose. 4 kali 8am, 11am, 5.30pm & 8.30pm. Sesi ptg dengan mlm buat semalam, result ok. Pagi tadi pon reading ok. Tapi reading kul 11 kantoi, 6.4. Range normal 3.5-5.9.

So jumpa dr petang tadi. Sticker putih kat buku merah tu kene tepek dengan sticker kuning, faktor risiko GDM, uhhuhuu...kene buat BSP every month, next week kene buat Hba1c (nak cek gula dalam darah). (BSP tu boleh tipu, kalo tak makan bacaan rendah la, tapi Hba1c ni tgk pada molekul darah. Kalo memang gula tinggi dlm darah merah so tinggi la. Puasa la tak makan seminggu pon still boleh detect). Set appointment dengan dietitian tapi 7/12/11 baru ada kosong. Gila lah. Dah nak dekat bersalin pon. Baca sendiri la pasal diet GDM dulu...

Masalah besarnya apa yg dr cakap petang tadi. Kalo GDM selalunya kene induce labour. Week 38 kene induce. Aiyoooo..lari plan cuti. Kene amik cuti awal lagi laa. Minggu last Disember dah start kene cuti. Lagi sebab gula banyak dalam darah jadi ada potential untuk bb jadi cepat besar. Untuk elak komplikasi tu yg kene paksa beranak awal tu. Patut la masuk 6 bulan ni bb aktif semacam je. High on sugar ye bb?

Jadinya start harini kene kontrol la makan. Hopefully dalam bulan 11, 12 ni boleh turunkan level sugar dalam darah. Tanak la induce labour...cuak semacam je masa dengar dr cerita tadi.

Dengan barang apa pon tak prepare langsung lagi. So hubby? Esok kat kuantan kita soping at at least setelkan separuh list hosp utk bb ok. Takde nye 'tak awal sangat ke' lagi dah.. Risiko lahir awal dah ada.

Hani, bila nak start kelas breastfeeding dgn nursing gear ni? Kene g kl jugak ni next month. Belajar breastfeed, pasal pam, vitamin2 pantang. Haiyooo..pening sudah. Belum lagi nak pilih pam, dah la ada macam2. Rambang je mata baca.

Baju mummy pon kene beli ni hubby. Baju kurung tinggal selai je yang still muat. Jenuh nak g keje. Dalam 5 helai ke..boleh?...hehehe

No comments:

Post a Comment