Monday, August 8, 2011

Balik Kampung-puasa 2011

2 minggu berturut2 balik kampung. 1st week balik sendiri, well berdua campur BB. 2nd week with hubby. YAY! hubby dah balik malaysia. 2 hari tak cukup la hubby. lagi 2 minggu baru dapat jumpa lagi...

balik kurau 4 hari, sekaligus sambut ramadhan dengan family. as usual, kalo bas shamisha/samisha? whatever kene la melepek kat stesen bas menunggu. tiba2 berkawan dengan budak2 unisza nak balik penang. tiket bas kul 9 tapi bas sampai dekat kul 11mlm. tiap2 kali bas kuning masuk stesen semua org berkejar g kaunter tanya bas g penang ke? sabar je.. dah naik bas as usual jugak kene tukar bas kat jerteh. tapi both bas kali ni agak selesa la. seat besar. suka2 je dok bersila. sampai butterworth nak dekat kul 6. kemudian menunggu bas ke parit buntar pulak. dok ralit main game terlepas bas kul 6.30 pulak. hahaha. tak pe kul 7 ada lagi bas. tapi kul 7 bas buruk.huhuhu. busuk jugak. tapi janji sampai rumah sudah. abaikan bau busuk itu. tutup je hidung dengan tuala muka. kat nibong tunggu akak ipar mai amik, then lepak rumah maksu kejap, makan2 sarapan kenyang2 baru gerak g rumah kak yong. melepek sampai tghari tunggu budak2 balik, layan lunch, tido tghari kul 3 gerak balik rumah. nasib moto adik ada kat PB. g pusat bandar cari tiket balik, singgah beli laksa n kuih kat tg pendang and finally home sweet home!

hari sabtu just lepak2 kat rumah. angan 2 nak dok mengadap bendang tak dapat buat sebab la ni musim org bakar jerami. tapak kaki habis hitam bila jln dalam rumah. pagi just g market, tghari buat kerabu pucuk paku, ptg buat kuih gulungan hayam. tukang menyebok tangkap gambar je. tolong sket2. cam besa mak yg buat semua. hahah. ptg2 dok depan rumah bersembang dengan mak. selalu kalo tepon tak sembang lama. mak bising bil tepon byk. aloh bukan banyak sgtpon mak ooiii. last jadinyer skrg tepon mak tetiap minggu kalo nak tanya camne nak masak apa2.

hari ahad g rumah along kat telok pial. kenduri cukur kepala anak kak ana. tolong... bb khalesya sangat debab. syok je tido. selalu kalo tgk budak cukur kepala jaga ini tido sepanjang masa. terjaga pon sbb org dok sebok cuit2 pastu baju/selimut dia terselak. perut sejuk kot baru la nak berbunyik2 sket. kalo tak cuit la pipi dia cemana pon relaks je di tido. dah lewat org dah ramai gerak balik baru jaga. bila kene angkat muka jadi bentuk 3 segi cam onigiri. kenapa? sebab pipi tembun sgt. berlendut. sgt cute.. ptg gerak g hosp ipoh jenguk mak mertua still dalam wad. lama sgt dah. dari 16/7 masuk wad. operation haritu ok. cuma ada komplikasi darah masuk paru2 then beku pulak kat dalam tu. amik masa utk cair dan keluarkan. but alhamdulillah hari isnin dah keluar wad. but still kene ulang ke hosp every month. lepas tu gerak pulak g gopeng. adik baru sampai dari indon. dinner dulu kat medan gopeng. huhhuuu...tak sedap. kul 10 baru sampai rumah. penat travel jauh2. sampai rumah biasa la sesi raid beg adik cari souvenior.

isnin, 1st day puasa bersahur apa ada, sbb plan asal nak cari lauk ptg ahad tak jadi. tapi dah namanya kat rumah makan ramai2 ikan kering pon sedap. tapi memang sedap pon. udang tu dipandang enteng je. pagi g market, cari daging la, sayur la. sempat singgah peladang sat. sembang barang setengah jam dgn membe keje lama. pastu balik melepak kat rumah. berbuka dgn sup daging...

selasa dah rasa tak best. sbb mlm kene gerak blk KT. hehehe. biasa la dah sedap kat rumah mana best balik keje. lepas asar gerak g PB, buka posa kat rumah bang yong. kul 8.30 gerak g stesen bas. sepertimana balik dari KT haritu, nak ke KT pon bas samisha jugak. itu je satu2 nye bas ke KT kat PB. no choice laaa. lepak sampai 9.30 baru sampai, TEKSI. teksi bukan bas. sebab cuma 4 org dari PB. naik teksi ke Kulim. sampai kulim kul 10 lebih. menunggu lagi. dekat kul 11 baru bas sampai. naik bas, tukar bas, sampai KT kul 6.30. g keje dalam keadaan sakit badan. penat woo lama2 dalam bas duduk je.

2nd week kat kuale ngan changkat jering buat post lain la pulak. panjang ler pulak post ni. nak upload gambar pon tak boleh nak amik dari hp. apsal tak tak boleh2...

selamat berpuasa.

No comments:

Post a Comment