Wednesday, December 21, 2011

Diet Ibu GDM

hoho..semangat mengupdate. apehal tah. keje belambak tanak buat.

tgh melepek kat bilik pej menunggu kul 8.30 untuk sesi terakhir mencucuk jari cek bacaan gula dalam darah.

so, 19 tadi jumpa dietitian. ada a few mende la kene buat/tahan makan sampai bersalin nanti. heheheee. bagus jugak appointment lambat ek. kalo tau awal mesti dok teringin semedang. ni pon dah 2 kali langgar pantang ni. tak mendengar kata. hubby baca teruk kene marah. uhuuu

1. kene stop susu anmum. sebab most susu mengandung ada gula. cuma boleh amik susu anlene low fat tu dengan susu UHT low fat. abih2 kalo tak lalu special kes dibenarkan susu full cream. ni special utk ibu GDM je ok. boleh minum susu full cream yg lemak itu..wahahah. best. 1 special announcement ibu2 mengandung tidak digalakkan untuk minum susu nestle kot yg omega tu. sebab ada apa tah dietitian cakap boleh effect perkembangan organ bb lelaki. kalo lelaki dewasa minum tak pe ye.

2. nak beli/guna apa pastikan sugar free...

3. waktu makan tetap. jgn berubah2. (breakfast, tea, lunch, tea, dinner, supper). tea/supper tidak digalakkan untuk yang telah berumur lebih 30 tahun sebab kadar metabolisma dah makin slow...tapi ok untuk ibu lebih 30 minggu. kalo nak jugak make sure ringan-ringan saja. bukan tea nasi lemak/mee goreng ok.

4. semua sayuran berdaun ok. no problem. makan la banyak mana pon tak mengganggu menambahkan gula dalam darah.

5. sayuran berbuah/berubi (eg. carrot/ubi kentang) jaga2 sket. cam karot kan manis, ubi karbohidrat, kalo ubi keledek tu manis lagi.

6. lepas makan jgn duduk saja. g jalan2 10/15 minit. ni lepas makan baring. huhuuhuuu

7. nasi putih better than semua produk tepung (mee, bihun, cekodok, yadda-yadda) sebab nasi putih carbo compleks, amik masa untuk pecah & reaselase gula dalam darah. lagi 1 kita akan makan lagi banyak carbo dalam bentuk tepung. eg. 1 cawan beras bila masak jadi 2 cawan nasi. compare to 1 cawan beras akan jadi 1/4 cawan tepung. kalo buat jemput2 pakai suku cawan tepung mesti bantai sorang je tak. kalo masak untuk family mesti pakai dalam 2 secawan ke..makan pulak takkan 10 ketul dah stop. jadinye konon tea time makan cekodok dah sama dengan makan 2 pinggan nasi. campur goreng deep fried lagi. huhuhuh..kalori pon sama naik.

8. utk tea amik kuih seketul or biskut 1 pek kecik (3/4 keping) tu je dgn air.

9. air minum air masak je. semua air manis lepas bersalin karang nak minum minum laaa

10. dinner 4 jam sebelum tido.

11. buah kene makan masa bersama masa lunch n dinner. tak boleh dah nak buat snack. (ada gula kan dalam buah. termasukla kurma).. buah yang kurang kandungan gula epal hijau, belimbing, jambu batu.

12. portion main meal. pinggan bahagi 4. 1 portion nasi (tapi jangan menggunung-tak aci), 1 portion lauk (preferably ikan. kuah-kuah lemak tu jangan amik), 2 portion sayur. sayur akan bind gula dari carbo, so gula akan dibebaskan perlahan-lahan dalam darah.

13. boleh guna stevia ganti gula untuk semua masakan kita. kalo memasak sendiri la. hehe..boleh terus amalkan selepas ni jugak. maybe nanti boleh cari.

* masalah dengan GDM ni kita tanak gula dibebaskan dengan cepat dalam darah sebab badan tak boleh nak proses/tapis/sekat gula ni. masa preggy ni hormon haywire kan? kalo banyak sangat gula diberi pada anak/bb, takut bb lahir nanti dah ada diabetes. nangis laa. bb besar tu memang salah satu risiko GDM la.

* 6 week lepas bersalin nanti akan ada lagi 1 test MOGTT (minum air gula) untuk cek adakah GDM hanya masa preggy saja atau memang dapat/dok kekal selamanya dalam badan. huwaaaaa....takot....


* tu ler dia pesanan2 dari dietian. ada dia bagi buku lengkap dengan contoh menu semua tapi biasa la malas nak taip balik kan. banyak info boleh dapat dari internet. sila la godek sendiri ok.

*patut nya dah tak boleh minum air manis tapi dah 2 kali kantoi minum air bergula. apekes? untuk situasi macamni hubby cuma cakap sepatah. 'degil!'

No comments:

Post a Comment